Video Editing (Filmora)

25 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Ogos 2020, telah diadakan Kelas ICT bertajuk “Video Editing using Filmora” bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 11:00 pagi hingga 12:00 tengah hari.

Pembelajaran kali ini ialah bersama Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Pasoh 2. Pada kali ini pelajar belajar video editing menggunakan software filmora. Langkah pertama yang perlu dilakukan oleh pelajar adalah memindahkan video yang telah dirakam daripada telefon pintar ke komputer. Setelah itu, pelajar perlu menyusun susunan video pertama hingga terakhir. Selain daripada itu, pelajar juga belajar edit durasi masa, tulisan, pencahayaan dan mengawal suara video tersebut. Semoga pelajar terus konsistan untuk belajar kemahiran video editing untuk meningkatkan kemahiran ICT.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali